Wednesday, June 4, 2014

BACK TO REALITY

Asalamualaikum....

Entry macam apa je. Fine~ Sebenarnya nak cakap kat sini MieQa Ismail telah selamat berada di alam realiti yang memerlukan dia membuka tingkap setiap pagi, hirup udara segar dan menyedarkan dirinya bahawa aku hidup dengan masyarakat.Bukannya dengan Sehunnie, Laptop, dan TV semata. Kahkah.. Tak adalah, lately ni aku baru sedar yang hidup aku sekarang bukan hanya dengan kawan-kawan sahaja.Aku terlepas pandang yang aku adik-adik dan parents yang lebih memerlukan kasih sayang aku. Aku rasa dah tiba masanya aku fokus pada keluarga aku, jadi anak yang baik, jadi Angah yang kelakar tahap overdose, Angah yang kuat untuk adik-adiknya.Apa gaya aku cakap ni? Kehkeh...sendiri konfius.Maaf terputus wayar sekejap!

Untuk memulakan cerita di BACK TO REALITY ini i just wanna share something. Bulan lepas, secara tepatnya 29 April lepas aku baru habis jawab paper final exam aku dekat matrikulasi Pahang a.k.a KmPh. Muka aku jangan cakaplah happy terlampau bila tepat pukul 12 tengah hari.Aku rasa freedom sangat. Penantian aku selama 10 bulan untuk menghabiskan matrik akhirnya tiba juga. Syok tau bila dah tak payah selak nota Bisnes, Ekonomi , pegang kalkulator untuk kira Akaun dan tak payah pening kepala untuk selesaikan solution Maths.Ceh ada gaya budak baru SPM tak?

Minggu STUDY WEEK aku rasa macam minggu aku duduk dalam gua.Aku jadi pemalas nak keluar bilik, nak pergi Kubik pun alahai malasnya.Ada jugalah kawan-kawan aku sound

"MieQa tak boring ke duduk bilik?"
"MieQa jom keluar , makan!"
"MieQa tak pergi kubik ke?"

Wargh! Tension berbenar makcik mendengarnya.Tapi bagus juga.Kalau tak disebabkan diorang tak adalah aku rajin keluar ke kubik tanya soalan.Ada kisah sedih juga masa aku pergi kubik hingga membuatkan aku tak nak masuk dewan amik paper.Sedih kot bila ada seseorang cakap dekat aku

"Tak dapat jawab, tak payah jawab exam lah"

Dengan begitu gembira nadanya berkata.Aku kata kat diri aku , tak apa , ini semua dugaan.Actually kalau tak disebabkan sindiran itu aku tak adalah terfikir balik, rupanya aku ni ego.Ingat dah dapat 3.9 mid sem hari tu aku dah pandai segalanya.Aku baru sedar aku terlampau bongkak dengan pencapaian aku.Yelah aku mana pernah dapat A selepas PMR. Add maths pun first time dapat C . Itu pun result SPM punyalah.Hehe nampak tak saya loser!

Lepas exam je aku duduk rumah.Kereta tak sentuh sampai rosak jadinya.Maaflah aku still fobia dengan kereta but i'll try to drive it.Harap ada MR. RIGHT tolong ajarkan.Ahaks! Aku lepaskan gian terhadap semuanya, segala video aku download, runningman aku hadap je.Nasib baik internet K.O kalau tak non-stop jadinya.

Ok forget about it!

Untuk mengakhiri hikayat pada waktu ini, aku cuma berdoa sangat hari Khamis ni (5 Jun 2014) akan menjadi hari gembira aku.Khamis ni result PSPM SEM 2 which is result final exam aku akan keluar. Aku harap result yang keluar setimpal dengan usaha aku.Aku tak berani nak cakap result aku akan gempak atau apa sebabnya dah tertulis result aku macam mana.Nak kata apa sebab result tu dihasilkan daripada jawapan-jawapan yang aku tulis selama 2 minggu.

Till then. Asalamualaikum

No comments: