Monday, November 11, 2013

BACK TO SCHOOL!!

Asalamualaikum! Hola! Hola!

Rabu lepas aku bertolak dari Johor ke Kuala Lumpur dengan tujuan nak amik sijil SPM kat SESERI. Heee macam lawak je bila dengar tujuan sebenar tu kan? Ok ok.. Ayah cakap bertolak pagi , malam sebelumnya aku dah berniat tak nak tidur lambat  TETAPI terbabas jugak! Nasib baik ada along tolong kejutkan. Hari tu kami hanya pergi bertiga sebab adik-adik dan mak still sekolah lagi. (Mak saya cikgu sebab tu pergi sekolah) Aku jaga je sepanjang perjalanan.Kononya nak ingat jalan.Mana tau akan datang kalau aku dah berani drive kat jalan besar aku boleh pergi sekolah sorang-sorang ke.(Serius aku memang tak hafal jalan nak ke sekolah, even jalan nak pergi kolej dari johor pun aku x ingat.)

 Masa sampai tol Senawang Yana call tanya aku pergi ke tak SESERI, and of course dengan gediknya aku berkata "Aku on the way nak sampai SESERI ni"

Yana excited gila sebab sampai tanya aku betul ke tak aku dah nak sampai KL ni..Dan banyak kali juga aku mengiyakannya. Kami pun janji nak jumpa kat sekolah .Tepat pukul 3 (agaknyalah) aku sampai SESERI. Bila sampai kat pak guard aku blur sekejap. Yelah dulu kalau aku keluar-masuk dari sekolah mesti ada buku outing kat tangan, mintak sign pak cik guard tapi laa ni aku kan dah jadi 'visitor' dah lain situasinya.Aku pergi kat pak cik guard, senyum kat dia dan tanya...

"Haaa Asalamualaikum pak cik.. Saya nak amik sijil SPM, jadi..."

Agaknya pak cik tu perasan aku ni blur tahap gaban kan so dia terus cari kertas apa ntah nama dia , aku tak tau tapi kertas kebenaran masuklah. Aku tulis semua maklumat dan bila nak blah je sorang pak cik ni tahan aku.

"Awak dah tulis nama dalam buku ni ke belum?"

Aku sengih.Maksud sengihan ini adalah 'oh kena tulis ke? Maaflah tak pernah tau '

Aku tulis nama dan segala maklumat yang dia mintak and mewujudkan muka excited teramat dalam kereta.Aku minta ayah parking kat belakang bangunan pentadbiran sebab adik-adik tengah exam, karang mengganggu tak memasal effect kertas diorang. Aku call Yana lepas tu , cakap aku dah sampai. Macam biasalah kalau dah jumpa Yana tahap kegedikan aku terserlah. Yang kelakar sangat time tu peluk Yana macam dah berabad aku tak jumpa dia padahal hari Jumaat sebelumnya tu Yana datang bilik aku borak-borak sebelum aku balik rumah.

Kitorang berdua pun naik pejabat . Segala keformalan terserlah tiba-tiba. Terasa diri ini waktu itu tengah pakai uniform sekolah bukan baju yang aku pakai waktu tu. Akak pejabat minta kitorang sign dan dia bagi sijil kitorang.Aku sengih tengok sijil aku. Yelah A nya hanya 5 SAHAJA.

Keluar aje kitorang dari pejabat misi seterusnya adalah berjumpa cikgu. Tapi aku jumpa Ms Vas ajelah sebab cikgu-cikgu lain ada yang dah balik, ada yang jaga SPM dan ada juga sedang menanam bunga bersama SUPER JUNIOR..(Nanti dah ada nama batch baru boleh tukar panggilan super junior tu)

Macam-macam nasihat dan cerita yang kitorang citer kat Ms Vas termasuklah course yang kitorang amik kat matrik.Waaaa!!! Aku terasa nak masuk balik je English Room dengar teacher mengajar.( Tapi kalau nak amik balik exam BI maaf la aku tak nak)

Aku dengan Yana turun asrama lepas tu.Mulut aku ni asyik cakap WOW!! WOW!! WOW!! . First time tengok bunga DENDROBIUM ! Time tu cikgu Hadi tengah gantung bunga orkid Dendro kat gazebo.Sempat la jugak aku borak dengan Cikgu Suhaila.Ingat ada Cikgu Zainora tapi sayang dia tak ada pula hari tu. Dah tak ada rezeki.... Then aku jumpa cikgu baru dendro, tapi lupa pulak nak tanya nama walaupun panjang aku borak dengan cikgu tu (yep aku sengal!)

Super Junior jangan cakaplah pandang aku pelik semacam..Aku senyum ajelah.Aku cari super junior Dendro 2 (dah tak dapat jumpa Estrella Dendro 2 dapat jumpa Super Junior Dendro 2 pun jadilah).

"Sapa Dendro 2?"

Bisik-bisik je suara aku.Tak nak ganggu aktiviti yang diorang buat..Kalau aku kacau konferm diorang kena marah dengan kapten, pastu tak memasal marah aku dalam hati. Punyalah excited budak-budak tu menjawab

"Saya!!!"

mereka sungguh kartun~Aku borak-borak jap dengan diorang and try ingat nama adik-adik Estrella..(Makin tua memori aku makin kurang). Ni gambar-gambar diorang.


Ash, ni sapa ye? Hehe


Budak-budak ni nak buat style macho


Ramai cikgu dan super junior yang mengusik aku dengan berkata aku semangat rumah terlebih sampai pakai shawl merah.Aku tak perasan langsung.Pagi tu main rembat je shawl tu.Harap maklum semua.




Persoalan yang tak boleh blah sampai sekrang , kenapa kapten dan P.Kapten selalu lebih tinggi dari aku?
Sila ketepikan rasa pelik anda terhadap ekspresi muka saya, ya?
p/s aku jengket  time tu

Tu jelah yang aku nak kongsi untuk waktu ni..Asalamualaikum

# saya merindui Suji, Kak Fu , Amal Syafie dan mengharapkan kita dapat lepak-ing bersama.. Cari waktu ye kawan-kawanku~

1 comment:

Unknown said...

hoi... makin lawa kau.. tergoda mak... haha.. untungla