Friday, April 26, 2013

MATRIKULASI

Tahniah! Anda ditawarkan ke Kolej Matrikulasi Pahang.
Jurusan - Perakaunan
Tempoh pengajian : Satu Tahun

Tepat jam 4.04 petang , waktu Malaysia aku check matrik. Alhamdulillah aku dapat. Masa mohon dulu aku minta Johor (sebab dekat dengan rumah) , Melaka dan Selangor (bajet nak jauh sikit dari rumah). Bila dapat Pahang aku boleh cakap ini betul-betul jauh! Kat Gambang kot! Dan barulah aku tahu Gambang tu dekat dengan Kuantan , rumah lama aku. Maknanya bila pergi Kuantan sah-sahlah parents aku bercadang nak melawat baby sitter aku (Dia jaga aku dari umur 4 bulan sampai 3 tahun.Lama lah jugakkan) Kalau betullah parents aku nak jumpa makcik tu , kemungkinan reaksi dia begini :

"Dah besar rupanya budak ni!

            tak pun gini  :

"Dulu kecik je , sekarang ni dah besar panjang budak ni.Makcik jaga kamu dari umur 4 bulan.Tak sangka dah 18 tahun "

Ini kemungkinan ajelah. Entah ek aku tak boleh nak jangka reaksi makcik dan aku jugak tak boleh nak harap apa-apa.Kalau ada rezeki kita berjumpa adalah.

Lagi satu nak cakap , majoriti Elantra dapat Matrik Pahang. Yang dapat utaraselangor tak ramai. Sujirah dapat Kolej Mara Kulim. Kak Fu pulak dapat Kolej Matrikulasi Selongor. Selangor sayang kau lah Zati! Hehe.. yang aku ni dulu lepas SPM gatal sangat cakap 

"Nak belajar kat Pahang lah lepas ni"

Nah amik kau.Sah-sah kau dapat Pahang ! Bila fikir balik okay lah kot.Aku apply UNITEN dulu, dapat tapi tak boleh pergi so bila dapat matrik ni kira rezeki yang aku tak jangkalah.


Matrik

Aku ada baca kebaikan dan keburukan masuk matrik ni. Ada yang mengatakan masuk matrik ni pointer kau kena gempak baru boleh apply universiti. STPM lagi laku daripada result matrik. Nak masuk uni pun dia amik budak STPM dengan Diploma dulu. Ini yang buat aku FENING~

Ramai yang menyokong aku amik matrik sebab setahun aje.Kira aku akan amik degree lebih cepat daripada orang-orang yang amik STPM atau Diploma. Pembelajaran matrik ni pack yang amat.Aku ada tengok jadual kelas seorang akak ni.Ex-KMS , jurusan Akaun. Compare dengan Sains , akaun macam kurang pack aje. Yang bertuahnya baca entry dia ialah aku dapat tahu subjek-subjek yang bakal aku belajar secara lebih mendalam dan baru aku tahu maths yang ada dekat matrik adik-beradik dengan add maths.So i learn add maths again. For this time I'll make sure add maths will be my first lover not the first enemy like before. Saranghae Add Maths!

Result SPM aku tak gempak dan kadangkala malu nak jawab bila orang bertanya. Jadi aku doa sangat-sangat agar keputusan dan jalan yang aku pilih ni akan dapat menebus kesilapan aku kerana dapat result yang teruk sebegitu.








4 comments:

Fiqa Nsz said...

So kau decide ambil matrik ar ni??
Tak nak wait for upu??

suji said...

wei ko btol2 nk g matrik ke???
aku doakan ko berjaya dalam apa jua bidang yg ko pilih....jangan lupa aku mcm ko lupa nme aku...

SUJIRA la bukan SUJIRAH.....

MieQa Ismail said...

yela kot..rsenye aku pilih tu

MieQa Ismail said...

rasanye itu lah yang terbaik.btw sorry la salah sebut nama kau..selalu jadi pelupa.never forget you lah dear.Kalau kau masuk kulim or whenever you go, jangan lupakan aku tau