Sunday, May 19, 2013

REZEKI YANG TAK DI SANGKA. TERIMA KASIH ALLAH!!!!

Asalamualaikum semua. Aku nak ucapkan syukur ke hadrat ilahi.Aku tak pernah rasa gembira macam ni.Ingat tak aku pernah post  pasal kekecewaan aku dengan SPM dan juga permohonan MARA aku ditolak dulu? Aku ingat rezeki aku hanya ada pada keputusan Matrik sahaja , rupa-rupanya Allah bagi lagi aku rezeki. Aku check keputusan UPU pada hari JUMAAT tepat jam 12.00 tengah hari. Aku terkejut apabila aku tengok dekat skrin tu tertulis

TAHNIAH!
Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut:
KOD PROGRAM:E0601 
NAMA PROGRAM PENGAJIAN:ASASI UNDANG-UNDANG (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
:UiTM - UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

Syukur sangat-sangat. Undang-undang merupakan pilihan aku yang kelima, kalau tak silap. Masa aku kecik-kecik dulu , bila orang tanya aku nak jadi apa bila dah besar. Aku jawab "saya nak jadi lawyer" . Allah dah makbulkan permintaan aku. Walaupun aku hanya dapat 5A dan subjek sains aku markah 'boleh-boleh' tapi aku ada rezeki kat situ.Aku pernah terfikir mungkin kalau aku dapat result 'up' sikit , mungkin aku tak kan dapat asasi undnag-undang ni. Betul apa orang cakap, rezeki tu kat tangan Allah. Bukan bermakna kau pernah kalah sekali, kau akan terus selamanya kalah.

Sekarang ni aku ada dua pilihan. Yang pertama Kolej Matrikulasi Jurusan Perakaunan Program Satu Tahun dan yang kedua Asasi Undang-undang di UiTM . Aku memang dah nekad nak masuk Matrik pada mulanya sebab ingatkan aku memang takkan dapat uni. Aku tanya mak ayah aku , mana satu lagi elok (padahal 2 hari sebelum result keluar aku dah bayar yuran matrik)

Mak cakap masuklah matrik.Lagipun kan dah bayar. Ayah pulak macam menyokong aku ambil law.Dia happy bila tahu aku dapat law. Then aku tanya Che A, dia cakap masuklah matrik.Boleh jaga dia kat sana (ceh! budak kecik rupanya sahabat aku ni! kihkih!)

Aku jadi konfius.Yelah aku dapat Asasi kot (ceh macam hebat je! Padahal sama je dengan matrik) Matrik or Asasi ? Dua-dua bidang ni aku minat. Memang akaun aku tak pernah belajar.SPM pun aku amik pure science so I have no experience. Tik tok tik pikir lagi.

Dan hari ni sekali lagi aku tanya mak ayah aku. Mana yang patut aku pilih? Parents aku setuju kalau aku amik Perakaunan sebab lagi satu mak memang nak aku amik bisnes degree nanti.Pikir lagi, pikir lagi. Aku tetiba terus teringat kat sesuatu.Aku ada baca dulu masa aku survey pasal bisnes studies ni. Aku terperasan pasal Business Law. Aku tak sure ni salah satu subjek yang dipelajari masa degree or kos. Gabungan kedua-duanya menarik minat aku. Mungkin aku tak berapa clear lagi pasal hal ni. Aku minat law dan juga bisnes. Bila peluang ada depan mata, mula lah keputusan start goyah,

Jadi aku ambil keputusan untuk masuk ke Kolej Matrikulasi Pahang, amik jurusan Perakaunan tu. Aku bergurau dengan Che A

" Che A aku rasa aku nak amik akaun la kat matrik"
"Wah bagus-bagus! Aku sokong kau"
"Takpe aku lepaskan law sekarang, mana tahu satu hari nanti aku dapat husband kerja law ke? "
"Bengong!"

Sebagai pengakhirannya kami yang satu sekolah rendah, satu sekolah menengah akan bersama-sama meneruskan cita-cita kami di Kolej Matrikulasi Pahang. Cuma course jelah yang lain


MQ (perakaunan), Che A (Sains)

No comments: