Sunday, May 5, 2013

Perkara yang tak dirancang selalunya menunjukan hasil yang baik

Kepada dua orang kawan aku suji and kak fu yang dok tanya aku bila kau nak update blog ha? Ni cek buat entry pasal novel. Layan jela kawan~

Hari ni iaitu 4/5/2013 aku dengan che a Nur Alyani buat rancangan gila. Pergi bandar semata-mata beli E-POP. Aku ulang ye " SEMATA-MATA" . Bila pikir balik macam sengal je pi bandar tanpa hala tuju. Then lepas dapat e-pop tu kitorang pi makan kat MCD (restoran untuk kanak-kanak yang tanam anggur macam kami) Apalagi pekena double cheese burger + oreo mc flurry kegemaran aku. Dapat je cari meja mula la kami membaca majalah tu. Yes aku tersenyum je sepanjang baca e-pop . Mana taknya oppa-oppa aku ada kat situ. Memang sengih jeler. Che A dah tarik muka. Ok lantak , yang penting Jinyoung, CNU, Sandeul, Baro and Gongchan oppa aku buat muka comel kat situ.

Kaki terasa nak sangat pergi kedai buku dekat Gedung. Ternyata instinct aku betul. Masuk-masuk je kat dalam kedai buku tu aku nampak novel Cik Blur dan Encik Ikhlas. Korang kalau ada kat situ memang boleh nampak senyuman 7 juta megawatt aku. Sumpah aku nak melompat time tu. Tetiba sorang akak ni ambik buku tu. Aku tanya " Akak nak beli ke buku tu?" Dalam hati aku sambung  "Boleh akak bagi buku tu ? Saya sanggup bayar lebih" Cewah ! Padahal dah kering yang amat!

Then akak tu senyum. Dia jawab " Tak lah.Akak nak susun buku ni aje." Fuh~ Memang lega.Pe lagi aku amik dan yang paling best buku tu tinggal satu je kat kedai tu! Bila aku lintas bahagian novel terbaru aku ternampak pulak novel Kampung Girl . Apalagi aku sauk amik terus novel tu. Nampak naa aku ni tamak kan. Hehehe..

Bukan apa sebenarnya tahun lepas aku ada terbaca novel Cik Blur dan Encik Ikhlas kat penulisan2u. Aku baca dari bab 1 sampai 7 tapi bila nak baca bab seterusnya, diorang tak post. Aku punya kecewa jangan cakap ar. Then baru aku tau rupa-rupanya novel tu dah diterbitkan.Jadi aku cari kat kedai buku bulan 3 ari tu. Punyalah aku pusing satu kedai buku kat jusco, tapi still tak ada. Aku pi tanya casher ni. Dia check novel tu dah habis stok.Bertambah-tambah kecewa aku. Alternatif lainnya aku beli online. Aku book dua novel Cik Blur dengan Kg. Girl . Nama aja booking tapi duit nak beli tak ada. Lama kot aku tunggu untuk diberi wang membeli novel tu daripada 'pihak atasan' tapi tak dapat-dapat. Kemudian muncul pula pesta buku antarabangsa.Aku punyalah minta nak pi sana sebab nak beli novel ni ler plus aku nank cari Sebenarnya Saya Isteri dia (terpengaruh dengan watak Izzue Islam yang super comel) .Ayah aku tak kasi sebab dia busy dan adik aku kebetulan sakit.Maka dengan itu aku buat perjanjian dengan ayah.

"Ok kalau kita tak dapat pi KL kan, apa kata ayah belanja angah novel. Tak banyak 5 je."
"5 tu berapa harganya?"
"Adalah dalam seratus. Angah nk pi KL sebab nak beli novel je.Boleh la ayah`~" ayat merengek ni

Ayah aku senyum je. Dia kata "Yelah~"

Dengan gembiranya aku ajak mak pi HM cari Sebenarnya Saya Isteri Dia. Bulan lepas masa aku pi karok ngan che a, dan Farbn aku nampak novel tu.Tapi tak ada duit so pandang jela.Bila ada duit tak ada pulak novel tu.Ok agak frust di situ. Mak pulak terpegang novel Suami Aku Ustaz. Mak kata macam best. Jadi apa lagi aku beli la.Nanti kongsi dengan mak jugak.

Berbalik pada kronologi bagaimana aku dapat ketiga-tiga novel tu, masa aku nak bayar Cik Blur dan Kg. Girl , che a cakap kat aku dia nampak novel Sebnrny... aku pandang. Alahai~ Alahai~ Dah jumpa tapi duit tak cukup.Tetiba teringat bukan petang ni aku nak keluar dengan mak ke? Baik mintak dengan mak..Petang tu aku pergi lagi kedai buku yang sama.Aku tunjuk kat mak novel yang aku nak sangat tu. Yang best tu mak kata OK. Huwaaa! Terus aku sauk , pi kaunter, tayang senyuman 7 juta megawatt kat akak casher. Akak tu sengih. Mak aku cakap entah-entah dia perasan aku dah masuk kedai tu 2 kali hari ni. plus mulut aku memang bising bila nampak kat rak novel.Macam jumpa artis luar negara je lagaknya. Jakun yang amat! Lepas dapat novel tu aku memang stay senyum sampai balik rumah.

Dah balik aku masuk bilik, susun semuanya.Siap tulis lagi novel ke berapa.Alhamdulillah sekarang dah 24 kesemuanya. Cun~

Orang boleh cakap aku obses benda ni tapi bagi aku , aku obses benda baik apa.Bahan bacaan kan sangat berguna dan tak merugikan. Itu lebih baik drpad obsesi aku yang kedua iaitu handbag.

Konklusinya, perkara yang tak dirancang selalunya menunjukan hasil yang baik.Selamat pagi semua ^_^



Ni novelnya


Koleksi novel saya dari 2008-2013
(boleh blah tak aku beli sendiri Interlok dan Papa Akhirnya kau tewas jua, novel komsas untuk f4 n f5)

No comments: