Thursday, June 19, 2014

PERUBAHAN

Assalamualaikum....

Bila duduk sorang-sorang dekat bilik aku mula teringat zaman sekolah dulu.Aku boleh cakap aku untung sikit la dapat sekolah dekat 2 sekolah yang berbeza.Macam kat Korea diorang ada 2 jenis sekolah menengah.Satu Middle School dan satu lagi High School. Middle School aku dekat Johor dan High School aku dulu kat KL. Aku rasa hidup Middle School aku lebih life, aku jadi budak pandai sikit, i can do whatever i want and i have a great friends around me.The best thing is i can be myself.

After move to new school everything has changed. Aku ingat lagi 2 tahun aku dekat situ,hari-hari aku makan tengah hari sorang-sorang.Aku pergi prep sorang-sorang.Aku hidup dengan dunia aku.Paling sedih nak cakap masa kitorang ada kem study dekat PWTC aku makan tengah hari sorang-sorang kat Pizza Hut, waiter dekat situ pelik tengok aku sebab dekat situ jugak ada budak sekolah aku makan.Diorang makan ramai-ramai.Aku sedih sebenarnya, yelah aku kan macam tunggul tak bernyawa dekat sana.

Setiap pagi kitorang akan ada assembly dan aku selalu kena beratur dekat depan atas alasan aku ketua kelas.Aku tak kisah tapi macam loner kot duduk depan.Benda ni semua effect pelajaran aku.Aku jadi malas gila nak belajar.Tapi aku segan jugak sebab kawan sebelah katil superb hebat study, adik dorm katil atas budak pandai dalam semua benda.Aku menangis tak ada siapa yang tahu.Aku tak pandai menipu dekat sekolah, jujur sejujurnya.Aku kena control dengan semua orang, apa aku cakap semua tak nak dengar.Aku tahu ada yang kesian dekat aku dan aku berterima kasih dekat kawan-kawan ni sebab tolong aku bila aku perlukan bantuan. Aku tak kisah diorang buat aku macam apa sebab aku sayang diorang, kitorang satu batch.

Aku sedih sebenarnya setiap kali call mak aku akan bagitahu aku failed add maths, physics, chemist, biology.Aku tidur dalam kelas setiap waktu.Aku rasa boring gila belajar, buat experiment lagi la rasa tak bernyawa.

Aku tak kata 100% aku benci duduk situ.Aku rasa hidup aku paling bermakna bila aku duduk asrama berbanding hidup aku dekat sekolah.Perasaan 50-50.Sebab tu aku sayang kehidupan berasrama.Dekat asrama tulah aku kenal kawan-kawan yang sangat baik dengan aku sampai sekarang bond kami kuat.

Kenangan manis aku rasa bila kawan aku pujuk aku menangis masa dorm mate aku cakap kasar dekat aku.Sahabat aku sanggup dengar aku menangis dalam gelap dekat bilik gosok.Sahabat itu juga yang lepak sama-sama dengan aku sampai lah kitorang dekat matrik.Sahabat ni juga yang ajar aku makan biskut dengan susu pekat, yang selalu cakap rindu dan sayang aku.Dia juga yang selalu tulis notes motivasi dekat aku sampat matrik juga.Bila ramai yang kata tak suka dia tapi bagi aku orang yang diorang tak suka tu seribu kali lebih baik daripada diorang.

Kawan sebelah katil pun sangat lah baik, dia ajar aku chemist, dia yang suruh aku baca Al-Quran supaya hati aku tenang selepas dorm kami ada masalah.Kawan sebelah katil tu juga yang kejut aku pagi-pagi, pergi sahur sama-sama, sudi prank aku dikala tak ada siapa yang tahu hari tu adalah birthday aku.Dia seorang kawan yang buat aku tersenyum setiap kali balik dorm.

Seorang lagi kawan yang aku tak sangka kami akan berkawan baik.Kitorang kenal gitu-gitu je tapi disebabkan satu masalah yang berlaku aku decide nak tidur dorm dia bila nak dekat SPM.Kitorang study sama-sama, borak, kongsi rahsia, gelak hari-hari, first time order Domino's untuk sambut hari jadi seorang lagi sahabat. Dia sangatlah kelakar,gila-gila dan bagi gelaran mak dekat aku.Aku ingat lagi kami pecah masuk dorm yang baru sahaja di mozek bersama seorang lagi sahabat kami untuk makan KFC. Masuk dorm tu kami bentang selimut, makan berjemaah.Dengan mereka ini jugalah kami makan sambil study sama-sama dekat dorm aku.Aku sayang sangat moment tu.

Sahabat Domino's aku ni jugak sentiasa sayang dan rindu dekat aku.Kami mula-mula berkawan sebab kami ahli koperasi tapi rapat bila dia pindah dorm aku.Kami borak banyak, kongsi macam-macam.Dia sentiasa faham hati aku, bagi aku kata-kata semangat dan dia juga bukan orang yang mudah patah semangat.Walaupun kami masuk matrik yang berbeza tapi dia sentiasa call aku, tanya khabar.Aku sungguh jahat bila tak sedar dia call.Dia juga mengaku dirinya cucu aku.Apa-apa ajelah.Aku tak kisah sebab dia sahabat aku.

Seorang sahabat aku ni sangatlah comel.Kami berlainan kelas tapi aku bangga dengan dia sebab dia rajin study.Dia sungguh bersemangat, sampai dekat matrik pun dia bersemangat.Setiap kali kami berselisih aku akan tegur dia,lambai,say hi macam dah bertahun tak jumpa.Dia dan sahabat pertama yang aku mention tadi selalu ajak aku makan.Kami bertiga rapat di matrik sebab kami belajar di matrik yang sama cuma aku course lain, diorang berdua satu course, satu kuliah. Aku tabik dekat dia sebab dia seorang yang kuat, aktif sukan lagi.

Terakhir sekali ialah sahabat yang sentiasa ada dengan aku dari kecil sampai sekarang. Dia seorang sahabat yang sentiasa support dalam segala apa yang aku buat.Dia jugalah yang jadi penolong pengarah bagi teater yang kitorang buat dulu.Dia juga yang sanggup tadah telinga mendengar cerita sedih aku dekat sekolah dan dia jugalah teman aku di matrik.Dia suka pendam apa yang dia rasa.Kalau aku tak tanya, dia takkan cerita masalah dia.Tak macam aku yang sentiasa paksa dia dengar.Dia tak mengeluh, dia akan nasihatkan aku.Perjalanan hidup aku dia yang tahu.Dia juga tukang hidang kopi setiap kali aku datang rumah dia.Sebab itulah aku sangat marah bila ada orang usik dia, buat dia menangis sebab dia tak suka tengok aku menangis.

Buat 6 sahabat aku ni, terima kasih kerana beri kegembiraan sepanjang hidup aku sebagai high-schooler.Aku takkan ada memori terindah dan kerinduan terhadap zaman high school. Tak ada apa yang aku boleh balas melainkan doa untuk korang.Aku nak korang tau MieQa Ismail sangat sayang korang!

2 comments:

zaty fu said...

so sweet.. aku pasti yg kawan2 kau tu pun syg kau gila2.. like the way i do

zaty fu said...

so sweet.. muah muah