Tuesday, February 26, 2013

SAYA PUN MANUSIA BIASA JUGAK

Orang selalu kata aku pandai. Tapi pernah tak diorang rasa tekanan yang aku hadapi akibat daripada kata-kata diorang. Bila aku cakap aku FAILED semua orang tak percaya.

"Bukan kau sekolah budak pandai ke? Macam mana boleh FAILED?"

Aku dilahirkan bukan untuk memiliki kepandaian  seperti diharapkan oleh semua orang.Aku tak pernah berharap aku pandai semata-mata untuk mendapat pujian sebab pujian tu akan menimbulkan riak malah akan menyebabkan aku lupa diri. Dan aku jugak ada kelemahan.

Contoh :

"Kau ni nama je budak pandai tapi pandu kereta pun x pandai."

Adakah aku perlu pandai semuanya.Ye aku mengaku memandu memang aku tak pandai.Aku FAILED mengawal rasa takut aku.Tapi perlu ke kau samakan kepandaian mengawal setereng dngn mengawal soalan kertas exam?

"Kau ni nama je masuk sekolah pandai tapi manners kau mana?"

Hendak ditekankan kat sini manusia kadang2 boleh FAILED dalam mengawal emosi. Tak semestinya atas dasar nama sekolah aku , aku kena 24 hours baik, lurus, mengikut rentak semua orang.Aku pun ada masa termelenting tak memasal. Saya bukan nerd!

"Muka kau garang sangat lah!"

Maaflah aku memang tak tau sifat garang aku termelekat kat muka sampai kau takut nak kawan ngan aku or takut nak tegur aku.

"Aku mengaku aku comel~"
"Jangan perasan boleh tak!"

Tak perasan ke aku sengaja buat lawak bodoh supaya boleh buat kau senyum! Ingat aku nak sangat ke mengaku yang aku comel (tapi memang aku comel pun ^-^ )

Orang-orang yang aku kenal adakalanya lupa nak bayar insuran kat mulut sampai suka cakap straight to the point TANPA memikirkan perasaan aku. Ye memang aku open tapi kalau dah cakap benda x sepatutnya dan tau akan mengguriskan hati orang tak payahlah nak cakap.Tak belajar adab ke? Hee~

Contoh :  

Situasi (dalam kelas)

Si A baru masuk ke kelas setelah sekian lama terlibat dengan aktiviti luar.Jadi dia agak blur dengan hal yang berlaku di sekelilingnya.Maka Si A terpinga-pinga tatkala ahli kelasnya riuh membincangkan homework yang perlu disiapkan dalam waktu terdekat.Dia pun bertanya 

"Korang tengah cakap pasal ape ni? (muka penuh mengharap."

Akan tetapi pertanyaannya tak dilayan dek kerana rakan sekelas masih rancak berbincang.Jadi dia ulang balik soalan.Tiba2 muncul seorang hero berkata

"Kau tak tau apa2 baik kau diam!" nada suaranya menyebabkan seluruh kelas terdiam.Terkedu Si A.Di mindanya tertanya-tanya salah ke soalan yang ditnya.

Agak lama jugalah Si A memikirkan hal itu.Dia sangat terasa kerana niatnya mahu belajar kerana dia sudah skip kelas banyak kali. Bila cerita kat orang , orang cakap touching sangat lah kau ni. Si A kembali teringat tengkingan itu.Yelah tengking depan muka kan.Sapa yang happy .Hehehee

Kesimpulannya tiada kata maaf dari Si Hero.Si A sudah memaafkan Si Hero tapi sukar untuk melupakan hal itu.Maaf~



No comments: