Salam semua
Sangat lama tak menulis kat sini.Hari ni nak story satu cerita best bagi anak muda yang baru habis SPM macam saya.Jadual aku agak sibuk kebelakangan ni Cewah! ayat~
Tak sebenarnya hari sabtu hari tu aku masuk kelas teori dan praktikal motor.Agak takut la jugak wat praktikal motor sebab kena lalu titi yang cemetot tu.Rasa macam nak jatuh je masa lalu tapi aku kuatkan semangat gak tuk habis kan motor.Tapi bila bab break mengejut tak sampai line lagi aku dah break! ok tu memang cuak....then masa sampai kat penghabisan bahagian 2 orang depan aku lambat gerak.So segala gaya dan cara yang diajar hilang begitu sahaja.Sampai lampu belakang pun aku minta orang belakang tolong check kan.pastu kena lambai tangan bagai.Tangan kiri aku tak kuat so motor bergoyang sikit masa handle pakai tangan kiri.Whatever it is sangat seronok wat praktikal motor.Aku belajar jugak macam mana nak pakai dua tongkat dengan cara yang lebih pantas.Terima kasih sangat dekat orang yang baik hati tu. HEHEEHEEH
Hari Sabtu pula aku masuk kelas teori kereta.Terjumpa pula kawan lama Amalia.Borak la kejap.Citer macam-macam.Banyak rupanya yang aku dah tak tau pasal kawan-kawan di SMKTH..Tapi orang yang paling aku NAK sangat jumpa ialah cikgu BM aku, Puan Ku Sunira.Rindu cikgu sangat!
Hari Ahad aku belajar praktikal kereta.Part ni memang best! Mula-mula aku di suruh duduk sebelah seorang akak ni.Dia tengah wat latihan naik bukit,side parking dan jalan mati.Aku kena tengok dan belajar supaya ada pemahaman sikit.Akak tu pula memang tak kedekut ilmu bila aku tanya cara-cara yang betul untuk side parking sebab part ni agak susah.Kena kira 7 tiang, pusing stereng 2 kali ada yang kena pusing habis.Banyak benda yang aku tak tau.
Selepas itu aku diberi peluang untuk memandu sendiri kereta kancil institut. Heeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
The joy has come! Cuak bila tekan klac.Ku pikir selama ini kalau bawak kereta kaki kena stay kat klac.Aku tanya cikgu, sekali dia jawab apa taw
" Patah kaki dik kalau wat macam tu"
Aku yang tengah memandu ni sengih je.Maaf cikgu, saya baru belajar!
Seterusnya aku dapat rasa sendiri tekan gear, hidup-matikan enjin kat bukit.Handbreak bagai.Yang tak tahan tu aku masih tak reti nak imbang minyak dengan klac.Tadi aku main taram je angkat klac dan tekan minyak banyak.
VUUMMM!!!
Amik kau! Berbunyi kereta aku.Kena gelak je dengan cikgu.Padahal tadi masa bawak aku steady je.Semua berjalan lancar.Tapi adalah sikit termasuk line orang.Bila lama-lama cikgu suruh aku pandu keliling institut aku selesa dengan kereta tu.Hehehe cepat la L....Saya nak sambung bawak ni!
Kelas aku habis tepat jam 1530 pm.
No comments:
Post a Comment