Chop! Hari ni nak citer sikit pasal kenangan suka dan payau aku dari start jejak sampai dah angkat kaki dari SM SAINS SERI PUTERI, KUALA LUMPUR terchenta.So layan jela ye~
Masa aku dapat surat tawaran yang menyatakan TAHNIAH! Anda diterima masuk ke SM SAINS SERI PUTERI , KUALA LUMPUR. First thing yang masuk kat kepala aku ialah awat aku tak pernah dengar pasal sekolah ni? Wujud ke? Setahu aku hanya ada SSP je. Selepas itu aku pun google nak tau pasal sekolah ni supaya senang la sikit nak cari lokasi sekolah ni.And apa yang buat aku terkejut sekolah ni berada dekat tengah bandaraya Kuala Lumpur.Dalam otak aku , aku terpikir wow bestnya! Mesti sekolah ni besar kan.Bangunan dia mesti hebat kan?
Jangkaan aku meleset.Sekolah tu kecik je.Tapi bila dipikirkan balik bagus juga sekolah kecik , jalan pergi balik dorm pun tak jauh.Turun tangga berbumbung or guna tangga tak berbumbung dah sampai DM.Senang nak beratur amik makanan.Kalau agak-agak dah lambat ke kelas tambahan boleh lari pecut naik tangga.Kejayan terbesar aku naik tangga dlm masa 1 minit .( sebab tak nak kena demerit puaka tu punya pasal!)
Kedua public fon.Kat SESERI belambak fon.Kat bawah tangga blok A B ada 3.Depan Brassi ada 2, depan Epi ada 2 plus ada mesin gedegang (aku tak tau nama saintifik dia ape) nak beli air tengah malam pun boleh.Ada MILO tin lagi~ Depan DM ada i-talk (cakap banyak-banyak bayar kurang!) Tapi bab i-talk ni agak tak best la.Dulu masa aku form 4 penah sekali i-talk rosak.Kitorang boleh call tanpa bayar.Free je.Bila dah bulan 4 kot masa aku form 5 i-talk dibaiki.Terpaksa la aku beli i-talk card.2minggu RM10. Kat blok C ada 4 fon Hello , 2 i-talk.Kat blok akademik ada 1 i-talk (selalu lepas habis tusyen berderet orang beratur nak call.Sampai tangga depan kelas 5 Eliara penuh orang duduk menunggu.Termasuk aku la.Siap bersila lagi , buat kedai mamak kat situ.) .Belakang kantin ada satu fon hello terbaru yang sangat jimat! Aku suka sangat fon tu.
Ok habis cerita pasal fon kita cerita pulak adab makan kat SESERI ni. Seperti sedia maklum kat SESERI kita kena makan pakai sudu dan garfu.Mesti korang cakap bajet orang puteh la tew~ Tapi benda tu memang ada dalam peraturan.Tak caya nanti aku tunjuk buku peraturan SESERI. Aku ada 3 buku peraturan (ni semua pasal terlupa bawak dari rumah sebab ingat waktu inspection tak payah tunjuk buku ni.Kena beli baru). Aku agak kekok nak pakai sudu dan garfu.Pernah try makan pakai tangan sekali kena serangan membunuh dari senior.Haha takut~ Aku ingat lagi tepat pukul 6.45 pengawas akan menjerit, bagi announcement supaya turun beratur masuk DM.Sebelum keluar aku mesti pastikan sudu dan garfu ada kat tangan aku.Lampu , kipas off .Tak nak dorm kena demerit puaka punya pasal! Selipar mesti bersusun kat rak kalau tak alamat korang akan jumpa selipar kat longkang.Masuk DM je semua kena diam.Seret kasut pun tak boleh sebab bila difikirkan balik bagus juga peraturan tu.Tak adalah kasut korang haus siap kena tukar tiap2 bulan.Lagipun tak elok orang perempuan jalan seret kasut.Lepastu KP akan bagi salam kat warden or kalau tak ada warden kitorang duduk je.Contohnya
"Asalamualaikum dan selamat sejahtera Cik Zainora"
Bila KP suruh duduk baru kitorang duduk.Akan ada orang lead baca doa makan.Biasanya pengawas.Lepas doa start muzik paling best iaitu kelatang-keletung bunyi sudu berlawan dengan garfu.Then tugas SOS bermula.Korang akan dengar bunyi
SHHH!!!!
Maknanya diorang suruh kau diam.Waktu ramadhan paling best.Masa aku f4 meja makan aku dekat dengan air manis.So bila SOS announce sapa2 yang nak air boleh amik sekarang.Aku dengan rushing nya menjadi orang pertama yang amik air.Aku sengih je.Hehee dah meja dekat camtu lah.Bila f5 meja aku betol2 depan high-table. Kena sopan sikit.Jarak dengan air manis pun jauh.Biasanya masing-masing akan volunteer amik air, tambah makanan, tambah nasi.Kitorang ELANTRA tak berapa nak senioriti sangat.Alasannya malas nak campur dan kami sangat tak sampai hati nak buli F4.Siap geng lagi dengan diorang.Biasanya makan 15 minit je.Lepas habis je kitorang akan angkat pinggan mengikut turn.Kalau aku angkat pinggan orang depan aku akan angkat cawan.Satu mejala kitorang angkat.6 cawan orang depan aku, 6 pinggan aku.Esoknya orang sebelah aku pulak yang buat sampai turn orang kerusi ke 3.Rotate pulak aku amik cawan dan seterusnya.Nak hantar makanan kena beratur sama jugak dengan nak basuh sudu.Ok habis part makan.
Trademark dorm aku dulu sapa2 yang tak susun selipar alamat selipar korang akan jadi selipar terbang.Aku punya dulu pernah kena sorok belakang tong sampah.Bila dah form 5 hobi aku susun selipar bersepah atas tiang pengahadang.Cantik punya aku susun sampai orang lain yang datang dorm aku naik fed-up bila nampak selipar diorang atas tiang.Sapa suruh tak susun.Yelah dorm kitorang kan tingkat atas.Kalau dah letak depan pintu tersepak karang selipar jatuh masuk longkang marah orang pulak.Aku teringat kawan aku dulu pernah sepak selipar kawan2 serumah dia masuk longkang sebab bersepah depan pintu dorm.Aku gelak je.Tapi aku tak cakap la kat pemilik dorm tu sebab kang jadi kes gaduh.Dah habis sekolah ni tak apalah bocor rahsia.Maaf~
Prep.Waktu prep kami start pukul 3.30 - 4.30 pm.Kalau bulan puasa start pukul 3.00 - 4.00 pm. Balik sekolah pukul 2.30 so agak rushing jugak nak bekejar ke DM.Sebab jarak kelas dengan DM tak jauh jalan kaki 3 minit dah sampai.Makan, balik dorm tukar baju, solat and chaw pergi prep.Aku lagi 5 minit nak pukul 3.30 baru aku naik tangga berdaulat tu.Tangga Ega yang jaga.Kalau hujan kami tak boleh lalu tangga tak berbumbung.Kira tak boleh redah hujan la.Aku tak suka tapi pernah sekali aku terkena hujan demam balek dorm.Kesimpulannya jangan langgar hujan! Biasa prep buat homework tak pun main-main dalam kelas.Wktu f4 boleh ar tidur waktu prep tapi bila f5 memang mimpi nak rasa macam tu.Prep petang je ada kelas.Kelas pulak pecah, ikut markah tengah tahun or trial.Sebab tak cukup cikgu , kami terpaksa bayar cikgu luar.Bukan sebab SESERI kurang cikgu tapi sebab kelas kami tu dikecilkan jumlahnya supaya senang cikgu nak beri tumpuan kepada kami.Masa aku dulu BM, BI , PAI, PHY aku dapat cikgu sekolah aku.Mathematic aku dapat cikgu Sains Selangor, Sejarah aku dapat cikgu Asis, Chemistry cikgu sekolah luar.Dia memang superb ajar aku.Sampai aku tak nak missed kelas dia.Siap promote kat orang! Add math pun dapat cikgu luar.Dia ajar best sampai kami sanggup bersempit duduk depan sebab nak fokus apa yang dia ajar.Aku paling tak suka time add math duduk belakang.Bila cikgu buat kelas satu batch dekat dewan aku pernah terpaksa duduk belakang.Ngantuk tahap gaban! Tak fokus langsung.Akhirnya kirim-salam-bye-bye kat add math.Sedih sangat!
Bio pun cikgu luar.Tapi aku lagi suka cikgu Mahadiah ajar.Relax je.Teringat aku dulu aku pernah tanya cikgu pasal experiment urine kat cikgu time kami jawab trial Terengganu sekali amik kau! Keluar dalam paper BIOLOGY SPM. Senyum kambing aku.Balik dorm check dengan dorm mate sebab dia pernah gak jawab soalan tu masa dia tusyen.Ada jugak la yang aku tertinggal.Jadi aku pejam mata , tak nak ingat.Kang nangis berlagu hindustan sapa nak jawab?
Prep malam start pukul 9 lepas solat isyak berjemaah.Awal tahun f5 boleh gelak2 lagi.Main kejar2 lagi tapi lepas trial semua orang macam robot.Kami ada kelas dengan mentor.Kiranya macam sapa2 yang lemah boleh belajar dengan mentor masing2. Mentor tu terdiri daripada kawan-kawan kami sendiri. Pembelajaran dibuat dalam bentuk grup. 12 orang macam tu.Aku tak ingat sangat.Semua ni idea HOD subject. Aku paling suka belajar Chemistry dengan Zu.Dia mentor aku.Paham habis dia ajar.Plus ada Mai.Dua dua terror Chemsirty , tak paham balik dorm tanya.
Kat SESERI memang banyak event.Sampai waktu prep pun terpaksa di curi untuk settle kan kerja.Contohnya macam masa f4 nak masuk SESERI.Kami warga Koperasi terpaksa burn prep untuk susun barang, packing baju,cadar,gebar,dan segala benda untuk diorang.Pergh! Penat gila tapi excited nak jumpa adik-adik baru.Cewah!! Biro Promosi kena hantar makanan kat cikgu pagi2.Tu ok lagi la tak berat.Setakat angkat kotak mineral 3 kotak naik b.guru tak adahal lah.Yang paling penat aku dan kawan-kawan kena amik kelengakapan mengikut apa yang parents nak.Kalau yang nak beli semua tu tak adalah susah sangat ni ada yang tak nak tudung prep la (sebab dah ada) nak tukar saiz baju la, kes selimut tak cukup pun ada.Terpaksa la budak2 ni hidup dalam keadaan tak sempurna kejap.Sementara stok baru masuk.Jenuh aku terbongkok-bongkok settle semua benda.Seorang kena jaga dua kaunter kelas.Habis semua benda aku balek dorm.Bapak penat! Petang tu ada prep petang pulak.Baran betul aku.Pergi prep kena kemas meja kerusi semua.Barang-barang bawak masuk balik ke koop.Nasib baek jarak GAS dengan Koop tak jauh.
Balik je dari prep aku baring.Golek-golek dulu baru mandi untuk siap sedia makan.Aku sempat tegur sorang je adik dorm aku.Semua busy.KD dorm paling best.Kena buat muka manis tahap lebih piawai pada parents.First impression kan~ Semua orang busy.Selain KD, Koop dan Kadet polis kawan-kawan lain kena jadi penyambut ibu bapa.Diorang kena sambut parents dari kereta, bawak adik2 dan ibu bapa ke kaunter kelas dan koperasi.Masing-masing cari adik-adik rumah sendiri.Lagi best budak dorm aku cari adik rumah sendiri.Kureng betul~ Bila aku nampak diorang kat kaunter koperasi diorang tunjuk kat aku siap cakap
"Budak DENDRO~ Budak DENDRO~"
Aku sengih je.Hehe dapat la jugak detect walaupun tak boleh ingat semua.Sekali lepas tu aku jumpa jr sekolah lama aku.SMK Tun Habab.Kembang je rasa~ Haha ok dah stop!
Masa first night diorang kat SESERI aku dengan KD dorm aku duduk depan loker Aleen.Kitorang observe budak-budak ni.F5 lain ada yang dah tidur , ada yang study kat bilik study dan ada jugak yang tengah merayap malam tu.Aku dah penat sangat so lepak la dengan Adi kat depan loker.Sekali nak tau apa jadi kitorang dengar katil goyang.Ha!! Sah tengah nangis ingat rumah! Tak boleh tidur la tu! Aku gelak je dengan Adi.Bukan sekejap tau bunyinya tu.Lama pulak tu.Katil dorm kitorang memang senang bunyi kalau langgar sikit.Tak macam katil dorm lain.Katil diorang baru tukar masa aku form 4.Katil aku second lama.Lawak gila malam tu.Bila dah sebulan dua diorang kat SESERI aku citer ar kat diorang.Haha masing2 gelak, malu sendiri.
Ok habis bab tu.Nak sambung macam mana kehidupan aku waktu hampir2 SPM.Perkara paling dahsyat dalam hidup aku bila aku masuk set E Ms Vas.Kat SESERI untuk subjek English kitorang belajar ikut set.So bila waktu English kitorang satu kelas akan pecah ikut set masing-masing.Set mula dari set A sampai set F. Tapi lepas Miss Chew sambung belajar set kami dipecahkan sampai Set E.Masa aku form 4 lepas amik test time mula-mula masuk sekolah aku dapat set D.Lepas mid-year test up sikit masuk Set C Ms Aida. Jadi set leader lagi.Ceh! Bajet jap! Entah apa aku buat masa final exam aku dapat masuk Set F Miss Chew. Bila Miss Chew pindah aku masuk Set E Ms Vas. Perkara pertama yang aku kena bila masuk set E aku kena masuk kelas pagi or we called Morning Class! . Kelas start pukul 6.30 PAGI. Aku tekan lagi sekali 6.30 PAGI!!!! Memang tak dapat terima lagi-lagi orang yang suka bangun lambat macam aku ni.Sampai aku suruh jr tolong kejutkan aku.Pernah la dulu aku ambil ringan pasal kelas pagi ni.Aku datang 6.35 pagi.Sekali kena halau doe~ Malu plus bersalah tahap gaban! Tak best ar buat cikgu sakit hati.Tak suka!! Lepas perhimpunan rumah aku masuk kelas dan mintak maaf sebab lambat.Alasan dorm blackout , tak perasan dah pukul 6.30.Aku memang tak tipu.Entah apa kena pagi tu boleh tak ada karen.Dan teacher maaf kan aku! Aku suka!! Satu benda yang tak boleh buat waktu teacher mengajar >>>>> tolonglah jangan tidur dalam kelas dia! Siapa nak tidur kena bijak sikit.Aku pernah terkantoi sebab tertidur.Puas set leader aku cubit aku.Siap warning >>>
"Mieqa, jangan tidur!"
ok aku tegak je lepas tu.Tapi mata layu je.Sekali kantoi masa dia tanya siapa dapat 2/10.Aku pi angkat tangan.Sedengar aku la dia tanya siapa salah 2 daripada 10 bukan siapa dapat 2/10.Amik kau! Kena marah.Disebabkan aku ketua kelas memang hobi aku masuk bilik guru.Nampak je teacher terus tunduk muka.Tapi Ms Vas nampak je garang tapi hati dia baik.Nasihat dia sangat berguna.A+ la orang cakap.Sebab tu aku sayang dia sangat-sangat!! Adush kan dah teringat suara dia! Rindu sangat! Tapi nak tau tak apa kebaikan kelas 6.30 pagi dia tu? Selama beberapa bulan aku train diri aku jawab paper 2 selama 1/2 jam markah aku naik dan aku lebih fokus dengan kerja aku.Apa yang orang buat kat belakang aku memang aku wat bodoh je.Fokus tahap gaban! Sampai bahagian novel aku dapat markah banyak.Syukur alhamdullillah.Bila aku citer kat orang lain pasal kelas tu ada yang berminat dan ada juga yang kesian kat kitorang.Tapi lebih baik sakit sekarang daripada sakit waktu SPM nanti kan? Doa kan paper English aku dapat A+ye.... (muka mengharap )
Lepas trial jugak ramai yang stay up sampai pukul 2 pagi.Ada jugak yang wake up.Tapi stail aku dan dorm mate yang lain , after lights off kitorang akan duduk ramai-ramai luar dorm.Biasanya aku, Teha dan Zu.Kengkadang tu Mai datang menyibuk sekali.Umai dan Nadiah tidur.Diorang tak boleh stay up sebab nanti ngantuk.Aleen macam biasa bilik kopiberdaulat dia tu.Adi pun sama.Tapi aku stay up kejap je sebab aku memang tak tahan ngantuk.Memang aku boleh tegak sampai pukul 3 pagi tapi tidur kena balas 8 jam jawabnya.Tak sanggup ngantuk dalam kelas.Kang tak memasal kena perli.Ketua kelas tidur dalam kelas.Filzah pernah cakap kat aku lawan ngantuk tu.Aku boleh! Dan akhirnya aku boleh.
Kat SESERI aku perasan tak semua orang ada stail belajar yang sama dengan kita.Macam aku, aku tak boleh belajar kalau ada lagu.Sebab tu kelas aku tak boleh bukak komputer lepas habis prep sebab lagu yang dipasang akan mengganggu kosentrasi kita.Aku belajar bila waktu malam.Sejuk, tak ada orang sebab nanti aku berbual.Ada juga yang tak boleh belajar kalau tak menyanyi.Ada juga yang kena duduk sorang-sorang kat tempat tersorok untuk belajar.Pernah aku nampak ada Elantarian yang duduk depan lab bio untuk hafal sejarah.Ada yang duduk dekat koridor luar kelas untuk study.Macam-macam.Sebab tu kita tak payah nak tanya orang macam mana stail belajar yang betul.Masing-masing ikut cara masing-masing asalkan dapat fokus.Kat rumah stail aku dekat meja makan.Kalau dah duduk buat math memang tak ingat keliling.Plus aku duduk kampung, suasana sekeliling sejuk.Tak ada bunyi kereta memekang, motor merempit waktu malam.Jadi kat SESERI aku still ada stail yang sama untuk belajar.
Jadi tu ajelah kot aku cerita pasal hikayat aku di SESERI.Banyak sebenarnya tapi tak mampu nak tulis.Bagi sapa2 yang bakal jadi puteri SESERI harap korang semua bergembira dengan kehidupan kat sana.Tak payah nak compare2 kan SESERI dengan sekolah lain sebab setiap sekolah ada cerita manis masing-masing. Just follow the flow and keep the wide smile!
No comments:
Post a Comment